Bagi mereka dari luar, kalau dari utara [melalui jalan pantai - Jalan Persekutuan Laluan 3] boleh belok ke kanan [Laluan T6] di persimpangan lampu isyarat selepas pekan Titian Berayung, Kijal. Terdapat papantanda besar di tepi jalan. Terus dengan Laluan T6 melepasi Kg. Bukit Anak
Dara dan Kampung Jong Berlabuh hingga ke persimpangan Laluan T13, belok kanan. Di Laluan T13, selepas ‘pekan’ Kg. Ibok terus ke Laluan T131. Dari sini, anda tidak akan terlepas zoo tersebut yang terletak kira-kira 5km dari kawasan kelip-kelip Sungai Yak-Yah – satu lagi tempat menarik di Kemaman.Kalau dari selatan, apabila
memasuki bandar Cukai, anda akan belok ke kiri ke Jalan Air Putih [Laluan T8] di persimpangan “digital” [itu yang dipanggil oleh orang Kemamang - yang mempunyai jangkamasa digital lampu hijau/merah]. Kira-kira 2km terdapat persimpangan lampu isyarat ke kanan [Laluan T131] untuk ke Kg. Mak Chili dan Kg Ibok.Sesunguh nya usaha kerajaan negeri terengganu membina sebuah mini zoo di negeri ini patuk di puji,ini kerana pelbagai spisis haiwan yang hampir pupus di kumpulkan di satu tempat dengan kawalan dan penjagaan yang rapi,serta pelbagai kajian dapat di lakukan tentang tabiat haiwan tersebut dan ianya jugak dapat mengakakan proses pembiakan secara kawalan..
semestinya"TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"