
Lata belatan ini di majukan sekitar tahun 1989. Lata Belatan ini di bawah jagaan jabatan perhutanan negeri terengganu.apa yang menarik di sini ialah air terjun nya yang terdapat kolam kolam kecil dan air yang cetek sesuail untuk anda sekeluarga datang bercuti pada hujung minggu kebiasaan nya hutan lipur lata belatan ini penuh sesak dengan pegunjung pada hari jumaat dan sabtu kerana pada hari jumaat dan sabtu adalah hari cuti umum bagi negeri terengganu,
pegunjung di sini kebanyakan nya datang dari daerah besut ini sendiri,ada yang datang dari kelantan kerana lata belatan ini terletak hampir
dengan sempadan negeri kelantan. Di sini terdapat pelbagai kemudahan asas seperti tandas,surau,bilik persalinan dan juga terdapat banyak gerai gerai makan yang di usaha kan oleh penduduk tempatan, terdapat juga beberapa buah chelet yang di bina untuk para pengunjung yang ingin bermalam di sini,kadar sewa yang di kenakan amatlah berpatutan . jika anda sedang merancang percutian hujung minggu anda, buatlah perancangan untuk datang berkunjung ke sini.semestinya "TERENGGANU DESTINASI PERCUTIAN KU"