
TERLALU banyak yang boleh diteroka jika anda meluangkan masa memandu jalan persisir pantai sepanjang negeri Terengganu.
Di sepanjang pesisit pantai negeri Terengganu terdapat banyak pantai pantai yang indah untuk di lawati,antara nya pantai Penarik di Setiu,pantai Bukit Keluang di Besut,pantai pandak di Chendering ,pantai batu buruk,
pantai merang,pantai rantau abang dan banyak lagi.Salah satu pantai yang menarik untuk di lawati ialah pantai Kemasik.
Terletak berhampiran pekan Kemasik,Kemasik terlerak di daerah Kemaman Terengganu,Daerah yang paling selatan di negeri Terengganu dan bersempadan dengan negeri Pahang. pantai ini sering menjadi tumpuan pengguna kenderaan yang dalam perjalanan antara Kuantan,Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu.Anda pastinya teruja melihat persisiran pantainya yang panjang

Bagi warga kota yang tidak pernah tahu mengenai kehidupan masyarakat nelayan, inilah masanya untuk meninjau cara hidup mereka.dengan suasana berlata belakang kan kampong nelayan tradisional.
pantai ini juga menjadi tumpuan pelancong asing.
Kebanyakan mereka mengisi masa berjemur sambil menatap bahan bacaan atau berendam dalam air laut.
Jika anda tidak mahu berkelah, anda boleh memilih pelbagai makanan laut dan makanan tempatan di gerai berdepan kawasan pantai di sini

Jika kunjungan anda kena pada masanya, anda akan dapat melihat kemeriahan warga tempatan yang mencari remis di gigi pantai menggunakan peralatan tradisional, terutama selepas musim tengkujuh pada akhir tahun.
Suasana juga amat meriah apabila nelayan keluar mencari rezeki dan menaikkan hasil tangkapan pada pagi hari, pantai ini turut menjadi tumpuan ramai untuk membeli ikan segar yang di bawa pulang oleh nelayan.